Pemilik premis dan juga pasar raya kini diwajibkan untuk merekodkan suhu dan maklumat pelanggan yang masuk, sejak pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei lalu.
Menerusi satu perkongsian oleh Dr Rizin Kusop, sekeping gambar menunjukkan rekod suhu badan pelanggan disebuah pasar raya yang mencatatkan suhu agar luar biasa iaitu serendah 29 darjah Celsius.

" Suhu badan manusia yang normal adalah sekitar 36.5 darjah Celcius. Kalau suhu 35 kebawah tu, mungkin Balan Balan ...", ujar Dr. Rizin sambil menjelaskan bahawa suhu normal manusia adalah antara 36.5 hingga 37.5 darjah Celsius.
Ujarnya lagi, suhu atas 37.5 darjah Celsius adalah demam panas manakala melebihi 40 darjah adalah kes kecemasan dan perlu dirujuk segera ke hospital.

Perbezaan suhu yang direkodkan adalah berpunca daripada penggunaan digital thermal scanner yang bergantung kepada banyak faktor seperti cara penggunaan yang betul, suhu persekitaran, setting, calibration, kualiti dan juga kuasa bateri alat tersebut.
Tambah Dr Rizin lagi, cara paling tepat untuk pemeriksaan suhu adalah menggunakan termometer merkuri yang diletakkan dibawah lidah selama 1 hingga 2 minit.

Justeru, beliau menyarankan agar orang ramai mengamalkan penjarakan sosial dan tidak terlalu percaya dengan keupayaan saringan suhu, serta sentiasa 'menganggap' bahawa ada pesakit demam COVID-19 di sekeliling.
Sumber: Facebook Dr. Rizin Kusop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.