
Seorang lelaki sanggup meredah api untuk menyelamatkan bapanya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 70-an dalam kebakaran di Kampung Baru Klang, pagi Rabu.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Janatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, lelaki warga emas itu selamat dengan kesan lecur 20 peratus manakala anak lelakinya melecur kira-kira 10 peratus di kaki.
Panggilan kecemasan diterima sekitar jam pukul 7.54 pagi dan Balai Bomba dari Klang Selatan, Klang Utara dan Pelabuhan Klang bergegas ke tempat kejadian.
Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu melibatkan dua buah rumah yang maing-masing musnah 40 dan 70 peratus dan melibatkan dua mangsa yang telahb dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.