Hasil kajian yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), ramai rakyat Malaysia mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan berbanding dilonggarkan terutamanya ketika musim perayaan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datul Seri Ismail Sabri Yaakob, kajian itu dibuat MKN dan juga respon umum yang diterima ketika ini.
"Untuk beri lebih kelonggaran, sekarang pun saya tengok kajian dibuat oleh MKN, ramai yang sebenarnya mahu kita perketatkan, bukan melonggarkan.
"Saya juga banyak terima WhatsApp yang bertanya kenapa kita longgarkan dan sebagainya.
"Walaupun satu hari itu (hari raya) 20 orang sahaja maksimum, namun ia berdasarkan juga kepada keluasan rumah dan sebagainya. Itupun apabila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang nyatakan tak boleh sebenarnya beri kelonggaran.

"Jadi, kalau nak banyak lagi nak dilonggarkan, tentu sahaja kita akan menghadapi masalah sebab tujuan kita sekat untuk mengelakkan lebih banyak penularan COVID-19 di kalangan keluarga kita di kampung.
"Jadi kita cuba menyekat (mereka yang cuba pulang ke kampung) supaya jangan yang balik. Ini menjadi penyebar COVID-19," katanya dalam sidang media pada Ahad.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.