Ramai yang seakan teruja apabila melihat kereta buatan Malaysia diatas jalan raya diluar negara.
Namun bagaimana pula reaksi anda apabila menjumpai kereta buatan Malaysia dalam sebuah garaj yang terbiar, bersama banyak lagi kereta mewah lain?

Menerusi sebuah video di Youtube oleh Lost Adventures, sebuah kereta jenis Proton Perdana generasi kedua telah ditemui bersama beberapa lagi kereta mewah, dalam sebuah garaj terbiar di Surrey, United Kingdom.

Kumpulan pengembara ini telah menemui koleksi kereta-kereta mewah, termasuk beberapa lagi kereta sport dan kereta lumba, bersama-sama Proton Perdana itu dalam garaj yang lama dibiarkan, dipercayai milik syarikat Bristol Cars, iaitu sebuah syarikat pembuat kereta mewah.
Proton Perdana itu juga kelihatan baru, dengan plastik masih lagi membaluti kerusi, dengan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.
Sehingga kini, masih belum jelas siapakah pemilik kereta-kereta itu, namun kehadiran kereta buatan Malaysia ini telah membuatkan ramai warganet menjadi teruja.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.