Pore strip sering digunakan ramai orang, bagi mengeluarkan whitehead dan blackhead.

Ia adalah sejenis pita berpelekat untuk hidung, digunakan setelah bahagaian kulit dibasahkan dengan air dan dibiarkan untuk beberapa minit.
Setelah ditarik, kita mungkin dapat melihat bintik putih (whitehead) dan bintik hitam (blackhead) pada pita pore strip itu, namun selang beberapa hari whitehead dan blackhead muncul kembali, malah ia menjadi lebih banyak.

Tahukah anda, pore strip ini tidaklah berfungsi untuk menghapuskan kedua-dua whitehead atau blackhead, malah ia juga tidak mengurangkan pengeluaran minyak pada wajah khasnya bahagian hidung.
Apa yang dapat kita lihat pada pore strip yang ditarik adalah bahagian luar kulit yang sudah mati, atau mungkin bulu halus pada wajah sahaja.

Menurut ahli dermatologi, pore strip hanya menanggalkan bahagian atas sel kulit mati dan dalam masa sama, masih banyak kotoran dalam wajah anda. Penggunaan pore strip juga membahayakan mereka yang mempunyai kulit sensitif, bahkan ia boleh merosakkan kulit wajah dan membuatkan kulit menjadi pedih.

Bagaimanapun, dengan rutin penjagaan wajah yang betul, pore strip sedikit sebanyak boleh membantu anda dalam memastikan wajah lebih cantik dan bersih:
1. Tuam wajah dengan air panas dan wap. Ia berfungsi untuk melonggarkan sebum pada liang roma. Lakukan kira-kira 1 hingga 20 minit sebelum anda menggunakan pore strip.
2. Urut dengan kiub ais selepas menggunakan pore strip. Ia dapat menutup liang pori pada wajah.
Apa pun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu mengenai keadaan kulit wajah anda, sebelum anda menggunakan sebarang kaedah, teknik atau produk.
Sumber: Wanista / Brightside
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.