Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Polis Buru 'Kuntilanak' Ganggu Anggota Buat Sekatan Jalan Raya

Bunyi tangisan wanita itu jelas kedengaran beberapa saat sebelum ia hilang.
Editor
03 May 2020, 12:52 PM

Baru-baru ini, tular video menunjukkan sekumpulan petugas diganggu oleh bunyi tangisan wanita yang dipercayai 'kuntilanak', semasa Op Covid-19 di Jalan Tenom-Sipitang.

polis buru

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu melibatkan lima anggota terdiri daripada 3 polis dan 2 RELA yang sedang menjalankan tugas.

polis buru

Bunyi tangisan wanita itu jelas kedengaran beberapa saat sebelum ia hilang.

Kejadian yang dirakam hingga tular di media sosial ini telah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Supritendan Hasan Majid yang menyifatkan ia dilakukan oleh individu yang cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa.

"Lokasi itu memang benar di Jalan Tenom - Sipitang namun bunyi tangisan wanita itu adalah bunyi yang diambil daripada Youtube 'Kuntilanak menangis'.

"Sama ada mereka cuba menakut-nakutkan ataupun cuba bergurau. Namun polis akan menyiasat perkara itu," katanya.

Hasil pemeriksaan juga menemui satu lokasi diatas bukit yang baru ditebas dan pihak polis percaya bunyi suara wanita itu dimainkan menerusi telefon bimbit dan juga pembesar suara.

"Kita percaya juga suara wanita menangis itu diambil dari Youtube dan dimainkan dari lokasi berkenaan melalui pembesar suara atau telefon bimbit mereka.

"Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan kita bagi amaran supaya menghentikan perbuatan itu dan polis akan menjalankan siasatan untuk kesan pelakunya.

"Jika didapati pelakunya kita akan disiasat mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan dan dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Peraturan 11 (1) Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah - Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.4) 2020, boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya," katanya lagi.

Sumber

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us