Sukan Asia Hangzhou 2022 di China telah membuka tirai pada 23 September lalu dan pelbagai acara sukan dipertandingkan.
Hari ini, 27 September telah melakar satu kejayaan besar buat kontinjen Malaysia dimana Atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif telah meraih pingat emas pertama buat negara dalam acara ILCA 6 wanita di Ningbo Xiangshan Sailing Centre, kira-kira 170 kilometer dari Hangzhou.

Terdahulu Nur Shazrin pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, namun kini telah membawa pulang pingat emas.
Tahniah diucapkan buat Nur Shazrin!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.