
Sumber: Daily Mail
Boeing 777 adalah pesawat twinjet yang paling besar di dunia yang membawa penumpang seramai 314 ke 396 orang. Dan Anny Divya, 30, adalah wanita bertuah kerana dia merupakan wanita termuda untuk menjadi pilot yang bawa Boeing 777.
Apa yang paling menarik mengenai Anny adalah dia tak pernah langsung menaiki kapal terbang sebelum ini. Pertama kali dia menaiki kapal terbang adalah sebagai pilot. Wow! Dia mula training sebagai pilot seawal usianya 17 tahun dan ketika itu tak pandai bercakap Bahasa Inggeris pun.

Anny dari keluarga yang susah tapi tetap nak jadi seorang pilot. Jadi dia tinggalkan keluarganya di Vijayawada, Andhra Pradesh dan dapatkan biasiswa untuk jadi pilot. Dia juga perlahan-lahan belajar bahasa Inggeris.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.