
Wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini dilihat memberikan impak khasnya kepada ekonomi, sehinggakan menyebabkan pengangguran di Malaysia pada 3.9 peratus dan jumlah ini dijangka akan meningkat.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kesan daripada COVID-19, Malaysia kini berada ditahap ke-4 iaitu proses pemulihan (Recovery). Menerusi Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kita juga berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini dengan tiada peningkatan mendadak dan orang ramai berjaya patuh kepada panduan serta SOP yang telah ditetapkan.
Justeru, kerajaan juga akan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi negara yang dikenali sebagai (PENJANA), dengan tema "Bersama Menjana Ekonomi".
Dibawah PENJANA, terdapat 3 teras utama iaitu Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan, dan Meransangkan Ekonomi.
Dibawah 3 teras ini, terdapat 40 inisiatif yang diberikan kepada rakyat, antaranya adalah seperti peruntukan internet 1GB percuma kepada semua pengguna telko sehingga jam 6 petang setiap hari. Inisiatif ini akan diberikan sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, bagi menggalakkan pembelian secara digital dan juga tanpa sentuh, kerajaan akan memberikan peruntukan E-dompet sebanyak RM50 dengan baucar dan juga cashback bernilai RM50 kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan RM100 ribu setahun.

Antara insentif lain dalam PENJANA adalah seperti berikut:
- Insentif RM75 juta untuk ekonomi gig.
- Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana pandanan bagi platform ekonomi gig bagi perkerja mercarum dibawah Perkesa dan i-Saraan KWSP
- Pengecualian cukai RM5,000 bagi perkerja yang telah menerima peralatan ICT dari majikan
- Pas perjalanan tanpa had: berharga RM30 sebulan bagi mengurangkan kos pengangkutan harian rakyat selama 6 bulan
- Peruntukkan RM50 juta bagi menampung perkhidmatan kesihatan terhadap golongan B40
- Subsidi upah akan dilanjutkan untuk tempoh tiga bulan lagi
- RM1 bilion bagi menyokong perniagaan PKS dalam menjana sektor pelancongan
- 300,000 OKU dan ibu tunggal tersenarai dalam JKM layak terima bantuan one-off RM300
- Geran diberikan kepada pengendali taska, E-baucer diberikan kepada perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian
- Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi sediakan 1GB Internet secara percuma, perkhidmatan percuma ini dari jam 5 pagi hingga 6 petang setiap hari
- Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia: dilakukan dengan saluran khas di platform digital bagi barangan and perkhidmatan tempatan
- Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020
- RM225 juta untuk sektor seni, budaya dan hiburan
- Pengecualian cukai jualan 100% bagi kereta penumpang pemasangan tempatan dan 50% bgi kereta import.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap agar usaha kerajaan ini akan terus memberi kemudahan kepada rakyat dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19 dan memperkasakan ekonomi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.