Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi 2 minggu, bermula 15 April sehingga 28 April 2020.

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri sendiri dalam satu Perutusan Khas pada jam 4 petang, 10 April 2020 atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan barisan pakar yang lain.
Menurut beliau, pelaksanaan PKP sepanjang hampir sebulan lalu telah mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Kes-kes jangkitan positif COVID-19 setakat ini adalah terkawal iaitu dibawah 7%, dibawah garis WHO iaitu 10%.
Tambah lagi, jika trend penurunan ini berterusan untuk 2 minggu akan datang, nescaya Malaysia mampu membendung penularan wabak ini.
Perdana Menteri turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua barisan hadapan atas sumbangan dan tanggungjawab yang dilaksanakan sepanjang PKP dilaksanakan sebelum ini.
Sebelum ini, pada 25 Mac lalu, Perdana Menteri juga pernah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan disambung sehingga 14 April 2020.
Sumber: Awani / Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.