
Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun, Muhammad Yusof Abdullah ingin melakukan misi berjalan kaki ke Makkah, Arab Saudi.
Misi itu bermula di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan dia akan melalui tujuh negara. Beliau dijangkakan sampai ke Makkah pada Februari tahun hadapan. Sebelum ni pun, beliau pernah melakukan misi berjalan kaki secara solo ke seluruh negara termasuklah ke Sabah dan Sarawak selama lima bulan yang berakhir Mei lalu.
“Saya ingin buktikan saya bukan orang gila.” katanya kepada wartawan.
Berbekalkan wang RM 2000, beliau akan meneruskan perjalannya dari Pahang ke Terengganu dan Kelantan. Beliau akan menukar beg di rumahnya di Kota Bahru sebelum memasuki Thailand.
Antara negara yang akan beliau jejaki ialah Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Yusof berkata ini impiannya semenjak dari kecil lagi untuk ke Mekah. Baginya, cabaran besar yang beliau akan hadap adalah keadaan negara bergolak.
Yusof juga menceritakan bagaimana beliau akan survive di beberapa buah negara. Jika di negara Islam, beliau akan tumpang di masjid atau khemah. Tapi, untuk di negara bukan Islam beliau akan memasang khemah.
“Saya yakin dengan niat yang betul, kita tidak peduli dengan orang sekeliling yang akan mengata kita. Namun, saya hanya berserah kepada Allah S.W.T sepanjang perjalanan ini. InsyaAllah dengan niat yang betul, saya yakin misi ini akan berjaya kelak." katanya kepada wartawan lagi.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.