Ayrton Lim, 19, merupakan perenang remaja Sarawak, telah ditemui mati diruang tamu rumahnya di Tabuan Laru, Sarawak semalam.

Beliau ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya, sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedic Hospital Umum Sarawak.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani beliau mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kira-kira 10 jam sebelum Aryton Lim ditemui mati, beliau sempat memuatnaik IG Story meluahkan rasa bersyukur selama kehidupannya 19 tahun ini.
“It has been a wonderful 19 years, and i’m grateful if you’re part of it :)Thank you,” tulis Lim.

Lim pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang SUKMA 2018 dan baru pulang daripada menjalani latihan di Singapura.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.