Seorang lelaki dari Jepun telah dituduh melakukan perbuatan jenayah selepas mengesan lokasi seorang selebriti menerusi pantulan anak mata dalam gambar yang dimuatnaik olehnya,

Lelaki berusia 26 tahun itu berkata, beliau mengenalpasti stesen lokasi kereta api pada pantulan anak mata penyanyi terbabit menerusi foto yang pada laman sosial.
Setibanya distesen berkenaan, lelaki terbabit menunggu penyanyi itu dan mengekorinya sehingga ke rumah.
Suspek yang telah ditahan atas perbuatan mencabul dipercayai menggunakan imej yang dimuatnaik oleh penyanyi berusia 21 tahun itu dan memadankan ia dengan foto menerusi Google Street View bagi mengenalpasti lokasi itu.
Tambah lagi, suspek juga telah membuat kajian terhadap apartment yang didiami oleh gadis itu berdasarkan langsir, cahaya, aras dan banyak lagi menerusi foto-foto yang dikongsikan di laman sosial.
Menakutkan!
Sumber: BBC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.