Siapa sangka, robot dalam filem Transformers kini boleh menjadi satu kenyataan dengan menggunakan model kereta-kereta lama dan terpakai?
![[video] cecah 12 meter, lelaki ni tukar kereta lama jadi transformers sebenar](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/5c0716a2a310eff369097d7ess.jpg)
Direka oleh sekumpulan anak muda dari Baoding, Hebei dekat utara China, rekaan robot kereta mereka pernah mencecah 12 meter bagi model Optimus Prime.
![[video] cecah 12 meter, lelaki ni tukar kereta lama jadi transformers sebenar](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/caa78116a021b103fb796e1adbd465dc.jpg)
Dalam satu rakaman video yang tular, mereka menunjukkan replika Bumblebee berubah bentuk daripada kereta kepada robot besar, sama seperti dalam filem Transformers sebenar.
![[video] cecah 12 meter, lelaki ni tukar kereta lama jadi transformers sebenar](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/screenshot_1-down_6.png)
Menurut salah seorang daripada anak muda itu, Quan Likun berkata, mereka tidak menggunakan modal yang besar untuk membina robot-robot berkenaan, sebaliknya hanya mengambil komponen bahagian kereta lama yang sudah tidak digunakan lagi.
“Bahan tu kami padankan bersama beberapa plat yang direka khas berdasarkan filem, sebelum ia dipotong dan dikimpal.
“Nampak macam mudah, tapi sebenarnya paling sukar bila kita perlu memastikan pergerakan model dan arahan menyeluruh sebelum mendapatkan hasilnya yang terbaik,” katanya.
Rata-rata warganet memuji karya mereka ini dan kagum dengan hasil robot yang dihasilkan.
Sumber: CGTN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.