Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember tahun ini.

Sehubungan itu, semua aktiviti akademik secara bersemuka adalah tidak dibenarkan, kecuali lima kategoru pelajar berikut yang akan pulang ke kampus secara berperingkat:
1. Pelajar pasca-siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
- melibatkan pelajar yang perlu hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk, atau memerlukan penggunaan peralatan khusus bagi menjalani penyelidikan.
2. Pelajar semester atau tahun akhir bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
- juga melibatkan pelajar yang perlu hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk, atau memerlukan penggunaan peralatan khusus bagi menjalani penyelidikan. Pelajar kategori ini akan pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020.
3. Pelajar semester atau tahun akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
- Kategori pelajar ini akan pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020 dan menggunakan kemudahan kampus bagi PdP secara dalam talian.
4. Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti
- Pelajar yang perlu bimbingan secara bersemuka kerana mempunyai masalah pembelajaran, akan pulang ke kampus seawal 1 Ogos 2020.
5. Pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/2021
Pelajar baharu ini melibatkan UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat Sijil, Asasi dan Diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM/setaraf.
Kemasukan pelajar adalah secara berperingkat seperti berikut:
- Pelajar Sijil dan Diploma Politeknik serta Kolej Komuniti seawal 1 Julai 2020
- Pelajar Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTS seawal 1 Julai 2020
- Pelajar Asasi dan Diploma di UA seawal 1 Ogos 2020
- Pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah mod penyelidikan di UA dan IPTS seawal 1 Oktober 2020
Dalam pada itu, KPT mengingatkan agar pelaksanaan aktiviti akademik di kampus dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sumber: KPT
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.