Pasangan suami isteri yang berjauhan kini dibenarkan untuk merentasi negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasangan suami isteri yang berjauhan yang ingin bertemu perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis dan menunjukkan bukti perhubungan jarak jauh.
“Jika pada PKP lepas, ada beberapa suami yang tak dapat berjumpa dengan anak bila anak sakit, ada juga kes tiga bulan tidak berjumpa isteri, kita sedia maklum dan memberi peluang kepada mereka pada PKP kali ini.
“Walaubagaimanapun mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis dan tunjukkan bukti perhubungan jarak jauh dan disarankan untuk melakukan ujian calitan,” katanya.
Borang kebenaran ini boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM.
Dalam perkembangan sama, mereka yang tinggal di sempadan negeri atau daerah juga dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas daerah/negeri, namun ia tertakluk kepada budi bicara pihak polis.
Sumber: [1], [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.