Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

Kak Cik Yah Pempengaruh

Tambahan RM10 Bilion Untuk Ringankan Beban, Ini Antara Isi Yang Diumumkan PM

Ia sekaligus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.
Editor
06 Apr 2020, 05:26 PM

Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) , kerajaan hari ini mengumumkan pula pakej Prihatin tambahan RM10 bilion dalam meringankan beban Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sekaligus menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan.

tambahan rm10 bilion untuk ringankan beban, ini antara isi yang diumumkan pm

1. Antara langkah-langkah diambil adalah seperti menaikkan Subsidi Upah daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion untuk syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Menerusi peruntukan itu, majikan dengan pekerja melebihi 200 orang, subsidi upah RM600 ringgit kekal seperti diumumkan sebelum ini namun terpakai untuk maksium 200 pekerja sahaja.

Majikan dengan pekerja antara 76 hingga 200 orang, akan menerima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja manakala majikan dengan pekerja kurang 75 orang, subsidi upah adalah sebanyak RM1,200 setiap pekerja.

Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

2. Kerajaan juga akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

3. Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020.

4. Antara lain, kerajaan bersetuju memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%.

5. Peniaga runcit PKS dikecualikan daripada membayar sewa atau diberi diskaun sewaan bagi premis yang dimiliki orang syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pemilik premis swasta turut digesa memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir.

Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada PKS akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.

Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.

6. Kerajaan turut bersetuju membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020 kecuali pembantu rumah.

7. Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan

pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.

8. Moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM dan lanjutan 3 bulan selepas tarikh akhir PKP untuk menyerahkan simpan penyata kewangan syarikat.

Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019 namun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan.

Sumber: Astro Radio News

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us