Sebuah bandar di Thailand kini bukan sahaja terpaksa melawan wabak COVID-19, malah mereka juga terpaksa berhadapan dengan lebih 6,000 ekor monyet.

Menurut Agence France-Presse (AFP), monyet-monyet berkenaan dilihat menguasai kawasan kuil Khmer di bandar Lopburi, sehingga menyebabkan kerosakkan harta benda awam.

Peniaga dibandar berkenaan juga terpaksa memasang alat menakutkan monyet ini termasuklah patung harimau dan juga buaya. Namun kaedah ini dilihat masih tidak lagi mampu menghalang kemasukkan monyet dikawasan mereka.

Tambah lagi, seorang pemilik kedai, Kuljira Taechawattanawanna terpakasa memasang sangkar pada kedainya bagi menghalang monyet-monyet ini daripada mencuri barangan dikedai miliknya.
Dilaporkan juga kumpulan monyet ini menjadikan sebuah bangunan pawagam yang ditinggalkan sebagai markas mereka untuk berteduh.



Jumlah monyet-monyet ini juga meningkat sekali ganda sejak kali terakhir proses pembersihan dilakukan pihak berkuasa disana.
Sumber: Nextshark
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.