Seorang pemilik kucing telah memasang kamera tersembunyi selepas anaknya sering merasa takut kerana terdapat bunyi misteri dari kabinet dapur.

Pengguna TikTok @justme477 berkata, bunyi itu muncul ketika beliau tidak berada dirumah dan juga didengari oleh jirannya.

“Ketika saya bertanya kepada anak saya, dia berkata almari kabinet terbuka dan tertutup dan dia takut,” katanya.
Disebabkan itu, beliau memasang satu kamera tersembunyi di hadapan kabinet bagi merakam aktiviti ‘misteri’ terbabit.

Selepas hampir 3 jam, akhirnya si pelaku kepada bunyi tersebut berjaya dirakamkan.
Rupanya ia adalah daripada kucing coklat miliknya yang duduk ditempat persembunyian dibelakang kabinet dapur.

Rakaman tersebut telah ditonton ramai pengguna TikTok dan rata-rata penonton mengakui bahawa mereka takut pada awalnya sebelum mengetahui ia adalah seekor kucing.
Sumber : Dailystar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.