
Sumber: Hanasuva
Jerawat adalah musuh utama semua orang terutama sekali jika jerawat tu kat muka. Selain daripada sapu krim anti jerawat mungkin korang boleh cuba minum 4 jenis jus ni untuk kecutkan jerawat korang.

1. Cuka epal
Cuka epal boleh mengeringkan jerawat dalam masa satu hari selain daripada bagus untuk toner kulit.

2. Jus Timun
Selain daripada untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata ni, jus timun juga berkesan untuk hilangkan jerawat disebabkan vitamin C yang terdapat di dalamnya.

3. Teh hijau
Rasanya semua orang tahu kebaikan teh hijau ni betul tak ? Teh hijau juga bagus untuk hilangkan jerawat kerana mengandungi antioksidan yang sangat tinggi.

4. Amalkan sahaja minum air lemon setiap pagi bukan setakat hilangkan jerawat tetapi bagus untuk kulit !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.