Kredit Imej Sapura Energy Berhad
Mencari pekerjaan impian anda bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Malah, ramai yang bersaing di luar sana untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
Untuk anda di luar sana yang masih lagi mencari peluang untuk membina sebuah kerjaya, ini adalah peluang keemasan anda! Sapura Fabrication, sebuah anak syarikat Sapura Energy Berhad, antara syarikat minyak dan gas terbesar di Malaysia- kini membuka peluang pekerjaan.

Welder & Fitter (Structure & Piping) & Scaffolder Diperlukan Segera!
- Pengambilan pekerja adalah terbuka sepanjang tahun 2018.
- Sapura Lumut mempunyai 8 projek pada tahun 2018 yang menyediakan peluang pekerjaan selama 2 hingga ke 3 tahun.
- Sapura Lumut mensasarkan kemasukan projek baru dari dalam dan luar negara pada tahun 2019 dan akan datang.
- Rancangan panjang Sapura Lumut dengan sasaran projek baru akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk jangka masa panjang.
- Sapura Lumut menjalankan pembinaan projek menggunakan tenaga pekerja sendiri dan anda akan bekerja terus bersama anak syarikat Sapura Energy Berhad.
- Bayaran gaji adalah secara langsung daripada anak syarikat Sapura Energy Berhad.
- Sapura Lumut juga menyediakan peluang latihan selepas waktu bekerja di Pusat Latihan Pekerja Lumut dengan sasaran meningkatkan lagi prestasi pekerjaan.
- Pelajar-pelajar lepasan insitut latihan kemahiran Malaysia juga digalakkan untuk menyertai Sapura bermula dari peringkat rendah.
- Sapura Lumut juga menggalakkan anda untuk bekerja sambil belajar bersama penyelia yang berpengalaman dan pelatih di Pusat Latihan Pekerja mereka.
Sertai Temu duga Terbuka Kami Di Seluruh Malaysia Di Lokasi Berikut :

Pekerja mahir & separa mahir juga diperlukan untuk bidang-bidang yang berikut :

Anda boleh memohon melalui :
Selain daripada senarai diatas, jawatan-jawatan berikut turut ditawarkan:
Bahagian Pembinaan
1.Jurutera Pembinaan (Struktur) (Construction Engineer)
Kelayakan:
• Minimum ijazah dalam bidang kejuruteraan atau mana-mana bidang lain yang setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
• Sekurang-kurangnya 4 hingga 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
Bahagian Kejuruteraan
1.Pemeriksa Struktur (Structure Checker)
Kelayakan:
• Minimum diploma dalam mana-mana bidang kejuruteraan yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
• Sekurang-kurangnya 8 tahun pengalaman bekerja dalam kajian/semakan lukisan struktur jaket/segi atas.
Bahagian Operasi
1.Jurutera Perancang (Planning Engineer)
Kelayakan:
• Minimum ijazah dalam bidang kejuruteraan atau mana-mana bidang lain yang setaraf dengannya daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan sijil kecekapan dalam Primavera P6.
• Sekurang-kurangnya 4 hingga 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan
Bahagian Kualiti
1.Penyelaras NDT Kanan/Penyelaras NDT
Kelayakan:
• Diploma atau sijil dalam bidang kejuruteraan atau mana-mana bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan sijil kecekapan dalam Pemeriksaan Kimpalan, iaitu Cswip Radiographic Interpreter 3.4, PCN tahap 2 dan/atau setaraf.
• Minimum 5 tahun pengalaman bekerja yang berkaitan dalam kawalan kualiti dan sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman sebagai Penyelaras NDT.
2. Penyelaras QAQC Kanan/Penyelaras QAQC
Kelayakan:
• Diploma atau sijil dalam bidang kejuruteraan atau mana-mana bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan sijil kecekapan dalam Pemeriksaan Kimpalan, iaitu Cswip 3.2, Cswip 3.1, PCN tahap 2 dan/atau setaraf.
• Minimum 5 tahun pengalaman bekerja yang berkaitan dalam kawalan kualiti dan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai Penyelaras Kawalan Kualiti atau Ketua Inspektor dalam bidang berkenaan.
3.Inspektor Kawalan Kualiti (Blasting & Painting)
Kelayakan:
• Diploma atau sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam atau mana-mana bidang kejuruteraan yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan sijil kecekapan dalam Pemeriksaan Blasting & Painting seperti IMM, Cswip-Bgas, NACE tahap 3 dan/atau setaraf.
• Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
• Mahir dengan kod dan standard antarabangsa, iaitu ASME, API, ASTM dan ISO dari Institut Bahan Malaysia (IMM) adalah satu kelebihan.
4.Inspektor Kawalan Kualiti (Mekanikal//Struktur/Elektrikal Instrumen)
Kelayakan:
• Diploma atau sijil dalam bidang kejuruteraan atau mana-mana bidang kejuruteraan yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan sijil kecekapan yang sah, iaitu Cswip 3.1, PCN 3.1 dan/atau setaraf.
• Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan..
5.Pentafsir Radiografi (RT Interpreter)
Kelayakan:
• Diploma dalam mana-mana bidang kejuruteraan yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan Cswip Radiographic Interpreter 3.4, PCN tahap 2 dan/atau setaraf.
• Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang NDT.
6.Juruteknik NDT (MPI, PMI/HT, UT)
Kelayakan:
• SPM atau sijil dalam bidang NDT.
• Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam pensijilan NDT bagi setiap kaedah
7.Jurukur Dimensi/Penolong Jurukur Dimensi (Dimensional Surveyor)
Kelayakan:
• Diploma atau sijil dalam bidang Ukur Tanah atau yang setaraf daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
• Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut sila ke talian 012-2005963 atau boleh terus layari Facebook Sapura Energy atau ke laman sesawang Sapura Energy.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.