Baru-baru ini, Insider Monkey melaporkan senarai 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.

Dalam senarai tersebut, Korea Selatan, yang sering kali dirujuk sebagai "ibu kota kecantikan dunia," dinobatkan sebagai negara dengan wanita tercantik di Asia, diikuti oleh Jepun di tempat kedua dan Vietnam di tempat ketiga.
Selain itu, negara Asia Tenggara lain dalam 20 teratas termasuk Filipina (4), Singapura (9), Thailand (10), Indonesia (11), Myanmar (19) dan Laos (20).
Lebih istimewa lagi, kecantikan wanita Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila negara kita menduduki tempat ke-6 daripada 20 negara dengan wanita tercantik di Asia.
"Keragaman etnik Malaysia, yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan kumpulan asli lain, menghasilkan campuran unik ciri-ciri wajah dan standard kecantikan," tulis Insider Monkey.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.