Permainan yang menyeronokkan seperti sorok-sorok bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun apabila beliau tersekat dicelah tembok ketika sedang menyorok.

Kejadian yang berlaku di Guigang, China itu terjadi apabila kanak-kanak tersebut sedang bermain sorok-sorok bersama 6 rakannya di sebuah kampung di wilayah Guangxi.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Huang itu bagaimana pun tersekat dicelah dua tembok sempit ketika beliau sedang menyorok.

Bomba bagaimana pun berjaya mengeluarkan kanak-kanak tersebut selepas 10 minit mangsa berada dicelah dinding itu. Beliau tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang.


Sumber: Dailymail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.