Sebuah lori tangki yang terbalik akibat kemalangan jalan raya telah menarik perhatian segelintir pengguna lain untuk mengambil minyak dari lori berkenaan.

Menerusi Daily Mail, orang ramai dilihat membawa bekas masing-masing, dipercayai untuk mengambil minyak dari lori terbabit.
Namun tidak semena-mena, lori tangki itu meletup dan terbakar, sekali gus menyambar kesemua mangsa yang berada berdekatan tanpa sempat mereka berlari dan menyelamatkan diri.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah lebuhraya di Magdalena, Columbia, selepas lori tangki yang membawa 5,000 gelen minyak terbabas akibat hilang kawalan.
Akibat daripada kemalangan itu, orang ramai dilihat berkerumun kearah lori dengan bekas masing-masing untuk mengambil minyak daripada lori tangki.
Pemandu lori yang terselamat daripada kemalangan pada awalnya sudah memberitahu orang ramai agar tidak mengambil minyak daripada lori kerana ia mudah terbakar. Bagaimanapun, dia diminta untuk tidak masuk campur dalam urusan mereka.

Kesan daripada kebakaran itu, seramai 52 mangsa mengalami kecederaan parah dan sekurang-kurangnya 11 nyawa terkorban.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.