Akibat suka mencarut dan berkelakuan kurang sopan, lima ekor burung kakak tua di Zoo Lincolnshire, United Kingdom terpaksa diasingkan daripada kurungan.

Burung-burung yang diberikan nama Billy, Eric, Tyson, Jade dan Elsie antara burung yang diletakkan bersama 200 ekor burung lain dalam zoo berkenaan sejak Ogos lalu.


Namun, lima ekor burung ini dilaporkan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk mencarut sesama mereka dan juga kepada pengunjung zoo berkenaan.

Meskipun tiada laporan rasmi dibuat oleh pengunjung, pihak zoo terpaksa mengasingkan burung-burung ini selepas mengambil kira kehadiran pengunjung bawah umur.

Sumber: The Sun UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.