Seorang wanita berumur 55 tahun dari Missouri, Amerika Syakikat dilaporkan dalam journal perubatan (Journal of Medicine - NEJM) New England menghidap sejenis penyakit misteri.
Kejadian ini bermula selepas seminggu dia mendapat rawatan kerana kedua kakinya cedera parah dalam kemalangan jalan raya. Lidahnya terasa ganjil dan perlahan-lahan bertukar menjadi warna gelap seakan ditumbuhi bulu halus berwarna hitam.

Disebabkan risau, dia kemudian merujuk semula ke hospital dan selepas beberapa ujian, doktor mengesahkan wanita tersebut diserang penyakit Black Hairy Touge (Lidah Hitam).
Doktor juga menjelaskan penyakit ini sebenarnya tidak berbahaya. Warna hitam di permukaan lidah itu bukanlah bulu tetapi permukaan yang dicemari sisa makanan dan ditumbuhi bakteria.
Lidah akan bermula berwarna putih sebelum berubah menjadi warna coklat dan bertukar menjadi hitam jika tidak dirawat.
Punca utama ialah kerana kurang menjaga kebersihan namun mungkin bagi kes ini doktor mengesahkan wanita ini mendapat penyakitnya akibat kesan sampingan daripada sejenis antibiotik.


Apa pun, penyakit ini tidak lah merbahaya dan boleh dirawat. Jadi untuk anda yang ada masalahnya yang sama segera lah berjumpa dengan doktor ya! Dan sebagai langkah berjaga-jaga, usha je barang-barang untuk penjagaan mulut kat sini !
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.