Seorang lelaki dari China pernah menjual buah pinggang kanannya demi memiliki sebuah telefon pintar baharu, kira-kira 9 tahun yang lalu.
Wang Shangkun ketika itu berusia 17 tahun, nekad menjual sebelah daripada buah pinggangnya demi memiliki telefon jenis iPhone 4 dan juga iPad 2. Nilai buah pinggangnya ketika itu mencecah RM13,000.

"Kenapa saya perlu dua buah pinggang? Satu sudah cukup", katanya pada April 2011.
Selepas 9 tahun, keadaan lelaki ini nyata berubah sama sekali apabila beliau hanya hanya mampu berbaring atas katil dan tidak mampu bergerak dengan sempurna, selepas organ dalamannya tidak mampu berfungsi dengan baik.

Wang juga terpaksa menjalani prosedur dialisis bagi memberi sokongan kepada satu-satunya buah pinggangnya yang terpaksa 'bekerja keras' akibat daripada sikap tamaknya dahulu.

Pembedahan pada 2011 dahulu yang dilakukan secara haram tanpa pengetahuan ibu bapanya, juga telah menyebabkan beliau terkena jangkitan dalaman. Akibatnya kini beliau hanya mampu terbaring atas katil sambil bergantung harap kepada satu lagi buah pinggangnya.
Sumber: Tribun News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.