Kredit gambar utama: Viral4Real
Kejadian yang berlalu di sebuah stesen kereta api di Shijiazhuang, Hebei, sebuah daerah di utara China, menunjukkan sejauh mana keprihatinan manusia terhadap nilai kemanusiaan berbanding dengan wang dan harta.
24 Februari, Li, dalam perjalanan melawat ibunya di Qunhuangdao, tiba-tiba rebah dan sakit dada. Ketika kejadian itu, Li yang terduduk diatas jalan dan memohon bantuan daripada orang sekeliling, namun tiada siapa yang ingin menolongnya.


Orang ramai memandang Li dan menganggap dia sebagai kurang siuman dan mabuk, sehinggalah Li terpaksa mencampak wang tunai keatas jalan untuk meminta bantuan.

Akhirnya seorang polis bantuan menyedari akan keadaan Li yang semakin kritikal dan beliau segera mendapatkan bantuan kecemasan.


Sumber: Viral4Real
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.