Sekitar akhir tahun 2016, seorang lelaki telah memuatnaik status di Twitter menyatakan beliau tidak jadi untuk berkahwin kerana tunangnya telah memutuskan tunang disaat-saat akhir persiapan mereka.
Kejadian yang menyebakan beliau rugi lebih RM30,000 itu telah membawa kepada peringkat mahkamah selepas beliau nekad menyaman bekas tunangnya yang berpisah tanpa sebab.

Muhammad Ezrin Mohd Nazan, 30, memuat naik status terbaharu di Twitter miliknya selain berkongsi berita gembira bahawa dia akhirnya berjaya menuntut keadilan tersebut.
"Alhamdulillah. Tiga tahun menuntut keadilan dan membela maruah. Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar. Terima kasih kepada yang menyokong dan yang tidak menyokong.
"Mahkamah telah memutuskan pihak defendan untuk membayar jumlah ganti rugi yang ditetapkan kepada plaintif kerana defendan gagal mengemukakan alasan atau sebab enggan berkahwin. Tu jela saya nak beritahu.
"Dengan keputusan yang dah diputuskan oleh hakim yang bijaksana Mahkamah Syariah Rendah Kuala Kubu Bharu, saya harap defendan mengambil iktibar dan tak ulang kesilapan ini lagi pada orang lain," katanya.
Perkongsian Ezrin ini telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memberikan ucapan tahniah kepadanya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.