Merasmikan kereta baharu merupakan antara momen indah dalam hidup yang jarang-jarang dapat diraikan oleh kebanyakkan orang.
Namun kegembiraan itu tidaklah selalunya berpanjangan kerana musibah boleh menimpa tanpa kita sendiri jangka.
Itu yang berlaku kepada seorang pembeli kereta apabila beliau melanggar tembok diluar kedai menjual kenderaan, selang beberapa saat ia di ‘rasmikan’ olehnya.

Lelaki berkenaan memandu kereta baharu jenis Kia Carnival yang baru diambilnya dan cuba memandu keluar kereta itu daripada ruang pameran. Namun, beliau tidak sengaja menekan pedal minyak, menyebabkan ia meluru kehadapan dan berlanggar dengan tembok.

Insiden itu juga mengakibatkan beg udara kereta baharunya terkeluar, menyelamatkannya daripada hentakan.

Video yang tular dilaman sosial itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada penonton yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Antara komen pada video berkenaan adalah seperti:
“Inilah akibatnya apabila belajar memandu secara online ketika lockdown,”
“Lelaki itu keluar daripada kereta sambil berkata, ‘Ya, ujian beg udara berjaya’,”
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.