Seorang lelaki berusia 68 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mutiara Sungai Bedaun, Labuan Sabah selepas enggan memberi kerjasama melakukan ujian saringan COVID-19.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Labuan bersama pasukan perubatan Hospital Labuan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 15(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan untuk melakukan saringan Covid-19 secara paksa, jam 4 petang.

Lelaki terbabit sangat diperlukan untuk hadir ke Hospital Labuan kerana beliau merupakan bapa kepada salah seorang ahli jemaah tabligh yang hadir di perhimpunan Sri Petaling,
Pada mulanya lelaki terbabit diarahkan untuk hadir secara sukarela ke hospital, namun beliau tidak mengendahkan arahan dan perintah terbabit.
"Lelaki itu telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 dan seterusnya menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan," katanya.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.