
Sumber: Harian Metro
Akan sentiasa ada orang di dunia ni yang suka makan sesuatu yang pelik dan tak ada khasiat serta nutrien. Misalnya lelaki di India iaitu Kamleshwar, 45. Dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam dari satu tempat ke satu tempat untuk cari lumpur 'terbaik'.
Apa yang Kam akan lakukan setiap hari adalah mencampurkan lumpur dengan air dan membentuknya menjadi seperti coklat Ferrer Rocher. Kemudian, lumpur tersebut dibalut dengan serpihan bata. 'Coklat' tersebut akan dimakan bersama capati.
“Saya sukakan lumpur dan serpihan bata. Saya tidak akan memilih yang lain untuk makan dengan capati. Tidak ada benda lain yang dapat mengenyangkan saya, lebih-lebih lagi sayur,” kata lelaki berkenaan.“Saya sudah memakan lumpur dan serpihan bata sejak 17 tahun lalu.
“Saya mula memakannya ketika berusia 28 tahun dan kini ia menjadi sebahagian hidup saya. Saya tidak pernah sakit kerana tabiat pemakanan saya,” kata lelaki itu.
Fun fact : Pika - keinginan atau tabiat memakan bahan bukan makanan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.