
Kebiasaannya, ramai memilih untuk membela haiwan seperti kucing, hamster, arnab dan lain-lain lagi yang lebih comel. Namun tidak bagi Neil Cheng Le yang memilih untuk membela lipan gergasi sepanjang 17 inci!

Pelajar jurusan biologi yang berusia 26 tahun daripada Taiwan ini memilih untuk membela haiwan eksotik tersebut sejak daripada kecil lagi dan ia dibeli sekitar tahun 2014. Menurut Neil, beliau tidak kisah untuk membiarkan haiwan berbisa itu merayap diseluruh tubuh badannya.


Video yang dikongsikan Neil juga menunjukkan beliau tidak takut untuk bermain-main bersama haiwan peliharaannya walaupun tahu ia boleh menyuntik bisa pada bila-bila masa.
”Sudah pasti ada risiko apabila membela haiwan berbisa dan sepatutnya, ia dikendalikan oleh mereka yang pakar sahaja.
”Gigitan lipan boleh jadi amat menyakitkan tetapi saya fikir saya baik-baik sahaja kerana saya merupakan pakar dalam bidang arthropod,” katanya.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.