Pernahkah anda melalui situasi ini? Terlalu lapar tetapi malas untuk keluar membeli makanan ataupun memasak. Kadang kala makanan yang diorder di kedai lambat tiba. Mungkin juga baki akaun atau jumlah wang di dompet tidak membolehkan anda membeli makanan secara online. Setelah puas menjerit LAPARRRR!, naikkan status LAPAR di Facebook dan menggeledah peti stok makanan, inilah 9 momen paling dramatik, ikhtiar terakhir yang boleh anda lakukan untuk melupakan seketika perasaan ini.
#1 Perlahan-lahan berjalan ke dapur, tercari-cari apa yang boleh dimakan. Yang ada hanyalah serbuk koko. Ambil sudu dah ratah serbuk koko sambil menonton rancangan kegemaran di kaca TV.
#2 Lebih teruk jika tiada langsung makanan yang boleh dimakan. Stok barangan dapur memang sifar! Terpaksalah minumlah air kosong sehingga kembung.
#3 Paling mudah untuk dilakukan, berguling di atas katil sambil mengira pusingan kipas sehingga terlena. Pufff! Hilang terus rasa lapar.
#4 Jika rasa lapar masih tidak hilang, ikat perut dengan ketat seperti wanita berpantang memakai bengkung. Perut akan terasa penuh dan kenyang untuk tempoh masa lebih lama.
#5 Tidak tahan menanggung lapar, pergi ke kedai makan berhampiran. Jika di kedai makan, jangan pula anda mengamuk menghentak meja dan membaling pinggan jika makanan yang dipesan lambat tiba. Sabar! Sementara menunggu makanan sampai, gigit-gigitlah ais yang ada di atas meja.
#6 Situasi lapar tetapi tiada langsung makanan yang boleh dimakan ini biasanya terjadi di dalam kereta, ketika tersangkut dalam kesesakan trafik. Kesian... Gigit-gigitlah manja lidah sambil berpura-pura mengunyah. Time inilah untuk guna kemahiran imaginasi tahap tertinggi. Bayangkan anda sedang mengunyah makanan paling sedap di alam semesta.
#7 Kalau anda hantu game, mainlah game yang memerlukan anda memberi tumpuan penuh dan ralit. Pendek kata makan game, tidur game. Anda tentunya akan stress jika kalah, jadi pastikan anda memenangi setiap pusingan dan peringkat agar dapat terus bermain.
#8 Killing time dan perasaan lapar dengan bergosip dengan bff anda. Siapa tahu mereka cukup baik untuk datang ke rumah anda dengan membawa makanan sambil bersembang sehingga petang!
#9 Paling senang, sediakan stok Kroisan 7DAYS oleh Munchy’s di rumah anda. Hanya perlu buka dan makan setiap kali lapar. Tidak perlu susah-susah atau berlapar lagi!

Kroisan 7DAYS oleh Munchy’s snek bakeri ini boleh didapati pada harga RM1.30. Selain mengenyangkan dan mudah dibawa ke mana-mana, snek ini boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan kesegarannya.

Bukan sahaja sedap dan mudah dimakan terutama bagi mereka yang sibuk bekerja dan perlukan snek segera, Kroisan 7DAYS boleh didapati dalam 3 perisa iaitu coklat, karamel dan vanila, dibuat dengan kombinasi doh berlapis lembut yang dihasilkan daripada resipi istimewa menggunakan bahan-bahan berkualiti agar doh yang dihasilkan lembut dan gebu.

Artikel ini dibawakan oleh Munchy’s 7DAYS Croissant.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.