Penduduk di kawasan Desa Pulau Mentaro, di bandar Jambi semalam dikejutkan dengan fenomena langit bertukar warna merah.

Menurut salah seorang penduduk setempat, perubahan warna langit itu terjadi kira-kira jam 10.42 pagi hingga 2 petang pada Sabtu, 21 September 2019.
Fenomena aneh ini dilaporkan terjadi akibat daripada kesan pembakaran dan titik panas yang terjadi dibahagian selatan daerah Riau.

Namun, menurut salah seorang ahli astronomi Indonesia, Marufin Sudibyo berkata, fenomena langit merah itu juga dikenali sebagai Hamburan Rayleigh, iaitu pancuran cahaya yang terhasil akibat daripada partikel nano/mikro yang mempunyai saiz lebih kecil daripada panjang gelombang cahaya nampak yang berada di udara. Ia sekaligus menyebabkan langit bertukar daripada biru kepada merah.
Sumber: KOMPAS
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.