Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti ke utara Semenanjung seperti di Pulau Pinang, kini anda boleh memilih alternatif Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) selain daripada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

WCE yang menghubungkan dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak ini mampu membawa anda ke Pulau Pinang dengan lebih pantas tanpa melalui Ipoh.

Mempunyai panjang 233 km, laluan ini sememangnya amat dinantikan oleh orang ramai sejak dari pembinaannya pada 2014.

Meskipun begitu, WCE masih lagi belum siap sepenuhnya dan dijangka akan siap pada tahun 2022. Buat masa ini, hanya sebahagian sahaja akses yang dibuka untuk kegunaan umum pada akhir tahun lalu.
Jika anda merancang untuk ke Pulau Pinang pada masa akan datang, boleh lah anda memilih laluan ini sebagai alternatif kepada PLUS. Semoga pembukaan laluan ini juga, kita akan dapat sampai ke destinasi pilihan dengan lebih pantas.

Sumber: Amazing Nara / Info Sungai Petani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.