
Sebanyak 1,000 pegawai polis Perancis bertugas menjaga keselamatan pada perlawanan bola sepak Israel menentang Mali di Sukan Olimpik Paris, acara berisiko tinggi yang menyaksikan peminat mengibarkan bendera Palestin dan Israel.
Bunyi wisel dan ejekan turut kedengaran ketika lagu kebangsaan Israel dinyanyikan, di sekitar Parc des Princes yang dipenuhi sebanyak 25,000 peminat dalam perlawanan itu.
Bukan itu sahaja, beberapa penonton memakai baju dengan tulisan 'free Palestine' di samping mengibarkan bendera Palestin.
Selain itu, terdapat penonton memakai pelekat kuning yang ditampal dengan perkataan 'Gaza: Silence kills' dan mereka telah diminta oleh pegawai perlawanan untuk tidak memakainya.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.