Haiwan biasanya mempunyai tingkah laku yang sangat menarik, lebih-lebih lagi jika ia membesar dalam kalangan bukan spesisnya sendiri.
Seorang pengguna TikTok, @mallowandstorm telah berkongsi telatah kucingnya yang diberi nama Padora, membesar bersama dua ekor arnab yang dibela, menyebabkan kucingnya itu juga mempunyai tingkah laku yang sama seperti arnab.


Menurut pemilik, kucing itu dilihat meniru pergerakan arnab seperti melompat-lompat untuk bergerak, selain makan, minum dan bermain bersama dua ekor arnab terbabit.

Video telatah Pandora ini telah mendapat lebih 4.3 juta tontonan di TikTok, termasuk video-video comel Pandora yang dikongsikan oleh tuannya. So cute!

Sumber: TikTok @mallowandstorm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.