Sejak penularan wabak COVID-19, ramai yang diminta untuk bekerja dari rumah. Ia termasuklah penyampai berita yang tetap bertugas secara langsung menerusi layar skrin hijau dipasang di rumah masing-masing lengkap dengan teknologi terkini.
Namun, ia bukanlah semudah yang disangka kerana pastinya ada gangguan yang akan hadir. Begitulah yang terjadi kepada seorang penyampai berita cuaca yang sedang bersiaran langsung dari rumah apabila diganggu oleh tetamu tidak diundang.

Ketika sedang bersiaran langsung, Jeff Lyons dari 14 News menerima kehadiran kucing perliharaannya, Betty yang mahukan perhatian.
Jeff segera mengangkat Betty sambil menyambung membaca kajian cuaca. Disebabkan kejadia inilah, video kaji cuaca mereka menjadi tular dan meraih ribuan shares di laman sosial.
Tak cukup dengan itu, pihak 14 News juga berhasrat mahu memberikan ganjaran kepada Betty, berserta satu penghormatan tertinggi di jabatan cuaca iaitu grafik kucing dengan nama 'Betty the weather cat'.

Sumber: Unilad / Facebook Jeff Lyons
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.