Hujan lebat yang turun berterusan selama hampir dua jam telah mengakibatkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Memetik laporan dari Awani, terdapat lima kawasan utama dinaiki air antara satu hingga 1.5 meter.
"Lima kawasan tersebut merupakan Lebuh Ampang (1.5 meter), Jalan Raja Alang, Kampung Baru (1 meter) dan Jalan Gurney Kiri Off Jalan Semarak (1 meter), manakala berlaku limpahan air di Lorong Ayer Leleh dan Jalan San Ah Wing.
"Terdapat beberapa buah kenderaan ditenggelami air namun tiada mangsa yang terlibat dalam banjir tersebut," kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.

Ekoran daripada banjir itu, pusat pemindahan banjir turut dibuka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Seramai lebih 40 anggota bomba dikejarkan ke lokasi banjir untuk proses pemantauan.
Selain di Kuala Lumpur, beberapa kawasan di negeri Selangor turut dilanda banjir seperti di Jalan Gombak Setia sehingga Batu Caves, yang juga mengakibatkan kesesakkan lalu lintas lewat petang tadi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.