
Sumber: Wanista
Bagi mereka yang mementingkan penjagaan kulit wajah pastinya tahu dan menggunakan krim siang dan krim malam. Tapi tak dinafikan masih ramai yang tak tahu perbezaan dan fungsi utama untuk krim siang dan krim malam.
Kami kongsikan dengan korang apa beza krim siang dan malam.
Krim Siang
Bagi mereka yang menggunakan krim siang atau ingin menggunakan krim siang fungsinya adalah untuk melindungi dan menyokong kulit daripada sinaran matahari, pencemaran dan kimia daripada bahan solekan. Krim siang perlu dipakai sebelum korang pakai bedak atau make up untuk memberikan kesan yang lebih cantik pada kulit serta tahan lama. Selain itu, tekstur krim siang juga lebih ringan dan cepat menyerap pada kulit berbanding malam.

Krim Malam
Krim malam pula lebih kepada merawat kulit. Pakai krim malam sebelum tidur untuk memperbaiki kulit, melembab dan jadikan kulit lebih baik semasa kita tidur. Ia lebih pekat dan direka untuk memberi kelembapan berpanjangan sepanjang malam.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.