Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dimansuhkan mulai tahun ini dan ia diputuskan pihak Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, beliau mengesahkan perkara tersebut dalam sidang media
"Apakah akan ada PT3 untuk tahun 2022? Jawapannya pada 2022 PT3 dimansuhkan. Jadi, mulai tahun ini tidak ada PT3... ia dimansuhkan.
"Sewaktu sebelum pandemik, PT3 adalah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksana di di bawah kawalan sekolah, dan hari ini (KPM) membuat keputusan bahawa PT3 akan dimansuhkan mulai tahun ini," katanya.

Sebelum ini, KPM memaklumkan PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, dalam usaha untuk memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kementerian akan menambah baik dengan melaksanakan Pentaksiran Sumatif melalui ujian akhir tahun.
"Dalam konteks ini bagi memperkasa Pentaksiran Sumatif, kita akan memantapkan ujian akhir sesi akademik di sekolah rendah untuk lima mata pelajaran (darjah 4 hingga 6), manakala di sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 3) melibatkan semua mata pelajaran.
"Soalan ini akan disediakan melalui satu bank soalan. Pihak kementerian akan menyediakan soalan mengikut tahap tertentu dan dijana oleh guru di sekolah. Set soalan ujian akhir tahun ini oleh guru sekolah di mana pelaksanaannya lebih fleksibel," ujarnya lagi.
Bagi sekolah rendah, KPM hanya akan membuat soalan membabitkan lima subjek iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, manakala soalan bagi subjek-subjek lain akan disediakan oleh guru-guru di sekolah.
Susulan itu, pihak sekolah boleh menetapkan tarikh-tarikh peperiksaan yang akan dilaksanakan dan ia tidak dijalankan secara serentak di seluruh negara.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.