Ketika ramai sedang menanti untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, ada segelintir daripada kita yang menolak vaksin ini.

Pelbagai andaian mula diwujudkan bagi tujuan menakut-nakutkan orang lain akan keberkesanan vaksin COVID-19. Antaranya mendakwa wujud cip dalam vaksin berkenaan hingga ia mampu mengesan pergerakan dan mengawal umat manusia.

Baru-baru ini juga tular satu foto skematik elektronik, kononnya ia adalah ‘cip 5G’ yang wujud dalam suntikan vaksin COVID-19. Gambar skematik ini telah tular menerusi beberapa hantaran di laman sosial dan ia diulangsiar beribu kali.

Bagaimanapun, foto yang didakwa ‘cip 5G’ ini rupanya adalah foto skematik litar elektronik pedal yang digunakan untuk gitar elektrik, dan ia langsung tidak ada kena-mengena dengan vaksin COVID-19.

Justeru, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menerima dan menyampaikan maklumat. Maklumat yang tidak benar boleh mendatangkan panik dalam kalangan masyarakat.
Sumber: [1]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.