Berdasarkan unjuran pemodelan oleh Institut Kesihatan Negara (NIH), 14 Julai depan mungkin menjadi tarikh berakhirnya wabak COVID-19 di Malaysia.
Perbandingan dibuat berdasarkan kes harian COVID-19, ditolak dengan kes import, kes warga asing di depoh tahanan dan warga asing dalam komuniti, berbanding dengan unjuran pemodelan pada 21 Mei.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tarikh 14 Julai sebagai penamat wabak COVID-19 di negara ini boleh dicapai sekiranya semua orang terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, KKM juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya memberikan kerjasama kepada kerajaan untuk mencapai pencapaian ini dalam usaha membendung wabak COVID-19.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.