Pusat karaoke mungkin menjadi pilihan ramai orang untuk melepaskan stress, walaupun tahu tahap suara sendiri.
Bagaimana pun, dua lelaki di Heilongjiang, China ini telah dipukul kerana menyanyi dengan suara sumbang di sebuah pusat karaoke disini.

Dua lelaki berkenaan dipukul oleh lelaki yang tidak dikenali selepas dimarahi kerana menyanyi dengan suara sumbang. Kejadian berkenaan telah dirakamkan menerusi rakaman CCTV.
Berang selepas dipukul, dua lelaki ini nekad mengekori lelaki itu keluar daripada pusat karaoke, namun terdapat lima lelaki yang berada disitu. Berlaku pergaduhan diluar pusat karaoke, namun telah dileraikan oleh bantuan polis.
Sesiapa lagi yang ada suara tak sedap tapi masih nak pergi karaoke?
Sumber: Oriental Daily via World of Buzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.