
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah mengenai kes pembunuhan terbabit.
Menurut sepupu kepada Nur Farah Kartini, Suzursofia Smeth Jaya, 33, harapan beliau ialah pembelaan dan keadilan terhadap Allahyarham dapat pihak pendakwaan berikan.
"Untuk sekarang, semua positif dan kami kini sedang menunggu untuk sebutan kes seterusnya iaitu 30 Ogos ini. Sama-sama kita berdoa untuk Allahyarham," ujarnya ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Suzursofia yang datang dari Miri, Sarawak bersama dua lagi ahli keluarga Nur Farah Kartini hadir ke mahkamah itu untuk mengikuti prosiding pendakwaan Lans Koperal Muhammad Alif Monjani yang berhadapan tuduhan membunuh Nur Farah Kartini.
Turut hadir pada prosiding itu ialah keluarga tertuduh termasuk ayah, adik-beradik dan rakan-rakannya.
Sumber: BERNAMA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.