Kepada peminat muzik tanah air khususnya sekitar Lembah Klang, kedai Rock Corner pasti tidak asing lagi buat mereka.

Kedai yang menjual pelbagai koleksi muzik daripada pelbagai artis dalam dan luar negara ini dilaporkan akan menghentikan operasi mereka yang terakhir pada 2 September ini.

Cawangan terakhir Rock Corner yang beroperasi di The Garden Mall pernah menjadi ikon muzik dan menjadi tumpuan peminat muzik untuk mencari koleksi mereka.

Dipetik daripada The Star, pemiliknya Frankie Eng berkata banyak faktor semasa yang menyebabkan mereka terpaksa menutup kedai mereka. Ramai juga yang nyata sedih dengan penutupan kedai yang penuh memori ini.
Sebelum ini, Rock Corner juga pernah beroperasi di KLCC, Mid valley, The Curve, Bangsar Village, dan Subang Parade.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.