Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti sendiri di rumah. Ada yang memasak, sehingga menjadi tular di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.
Tak kurang ada juga yang meluangkan masa ketika di rumah dengan mewarna.

Meskipun aktiviti mewarna dilihat seakan-akan seperti kanak-kanak, jangan tersilap kerana mewarna juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh orang dewasa.
Antara kebaikkan mewarna menurut psikologi adalah ia dapat mengurangkan tekanan dan stress. Hal ini berlaku kerana dengan mewarna, ia akan membuatkan otak kita menjadi rileks.
Selain itu, mewarna juga dapat mengasah sisi kreatif dan juga kemahiran berfikir dengan logik serta meningkatkan fokus kepada diri. Ia juga dapat membuatkan seseorang itu merasa tenang dan memberikan tidur dengan nyenyak pada malam hari.
Dengan mewarna, ia boleh menjadi antara rawatan mudah bagi seseorang yang menderita masalah trauma dan kesihatan mental. Ketika mewarna juga, aktiviti ini dapat menyingkirkan fikiran-fikiran negatif dalam minda.
So ada yang dah mula mewarna?
Sumber: Liputan6
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.