Pada ketika berusia 6 tahun, nama Thylane Blondeau pernah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia.


Kini setelah berusia 17 tahun, Thylane mendapat pengiktirafan daripada sebuah portal gaya hidup paling besar di dunia, TC Candler, sebagai wanita paling cantik di dunia.

Anak kepada pasangan pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan pereka fesyen, Veronica Loubry ini telah menjadi wajah kepada jenama pakaian Juicy Couture dan mula memperagakan fesyen secara professional sejak dari usia 10 tahun.








Antara nama lain yang berjaya menembusi senarai 100 wanita paling cantik ini adalah penyanyi Indonesia, Raisa di tangga 93, pelakon Indonesia Chelsea Islan di tangga 77 manakala pelakon Bollywood Deepika Padukone dan Priyanka Chopra masing-masing di tangga 61 dan 47.

Raisa

Chelsea Islan

Deepika Padukone

Priyanka Chopra
Selain itu, bagi kategori lelaki paling kacak pula disandang oleh hero Aquaman, Jason Momoa, diikuti ahli kumpulan BTS, Jungkook dan Idris Elba di tempat ketiga.

Jason Momoa

Jungkook

Sumber: Rojak Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.