Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat ditikam penjenayah dan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman pada anggota badan di bilik sewanya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah bangunan di Bandar Baru Batu Kawah dan saksi kejadian disaksikan sendiri oleh anaknya yang berusia lima tahun.

Kenalan mangsa yang juga seorang pengusaha kedai kopi di premis berhampiran menyedari kejadian itu sebelum berlari menuju ke sana dan melaporkan kejadian itu.
"Terdahulu, anak mangsa telah berlari keluar sambil menangis menuju ke kedai kopi terbabit.
"Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit telah membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka, dan menemui mangsa yang berlumuran darah.
"Pengusaha terbabit kemudian segera melaporkan kejadian terbabit kepada pihak polis," katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, beliau mengesahkan telah menerima laporan kejadian sekitar jam 5.30 petang itu.
"Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.
"Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun," katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.